Dunia JuruGambar






Formal atau Candid ?

Perkara ini sering menjadi persoalan bagi bakal-bakal pengantin. Masih ramai yang bertanyakan tentang isu ini kepada kami. Ini jawapan yang jelas untuk anda :-

Kami mengambil kedua-dua cara ini. Gambar yang formal (pose', foto bersama keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang ingin anda bergambar bersama, kami akan ambil kesemuanya) dan bagi teknik candid (pelbagai angle, close-up, side light, natural light, moment shot akan turut diambil secara disedari atau tanpa disedari pengantin).

Adakah gambar formal akan dicetak bersama foto-foto lain ?
Ya, beberapa gambar formal yang benar-benar penting akan turut dicetak seperti foto bersama ibu bapa atau saudara-mara terdekat.

Jika formal, bagaimana jika saya tidak pandai pose' / posing ?
Kami akan tunjukkan cara untuk ada bergaya didepan lensa kamera, dari jelingan mata hinggalah ke hujung kasut anda.

Saya lebih suka pada foto candid, boleh lebihkan ?
Boleh, sila nyatakan kepada kami sebelum sesi fotografi bermula atau sebelum majlis.

Mengapa mesti formal tidak candid sahaja ?
Kerana FotoKahwin berpendapat, candid mungkin sesuai untuk anda lihat diusia muda, 20 ke 30 tahun selepas itu, anda sendiri mungkin segan nak tunjuk foto-foto muda anda dengan gaya yang pelbagai ragam. Formal foto membolehkan anda untuk membuat bingkai eksklusif untuk dihadiahkan kepada kedua orang tua & mertua anda.


0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author