Efek Foto Lama (dengan Tekstur)

Ingin hasilkan efek foto lama dengan tekstur kotor dan berlapuk? Tutorial photoshop ini akan menunjukkan cara menghasilkan efek tersebut dengan menggabungkan tekstur dan layer blending. Sangat mudah!

HASIL:

hasil

Ini adalah hasil efek foto lama yang kita akan hasilkan di dalam tutorial kali ini. Perhatikan kesan-kesan tekstur di bahagian tepi imej.

LANGKAH 1:

01

  • Buka satu gambar (atau dapatkan imej di dalam fail zip - foto_ori.jpg)
  • Buka juga fail paper_texture.jpg daripada fail zip yang disertakan dalam tutorial ini.

  • Fail paper_texture.jpg: Select All > Copy.

  • Fail gambar: Paste.

  • Tips: Cara untuk dapatkan imej tekstur kertas: Google Image > “Old Photo Texture”.
LANGKAH 2:

02

  • Transformkan Paper Texture: Rotate dan Scale supaya ianya mengikut saiz gambar.
  • Kemudian, desaturatekan warna paper texture tersebut. Tekan Ctrl + Shift + U (atau klik menu Image > Adjustments > Desaturate).
LANGKAH 3:

03

  • Sekarang kita akan adjust warna hitam dan putih paper dengan menggunakan Level. Tekan Ctrl + L.
  • Laraskan slider seperti di atas. Atau, sehingga nampak perbezaan di antara hitam dan putih (contrast).
LANGKAH 4:

04

  • Invertkan paper texture. Tekan Ctrl + I.
  • Setkan layer blend daripada Normal kepada Screen.
LANGKAH 4 (PILIHAN):

04a

  • Jika anda inginkan efek tepi gambar berwarna hitam. Tak perlu invert paper texture.
  • Setkan layer blend daripada Normal kepada Darken.
LANGKAH 5:

05
  • Untuk mendapatkan warna pudar seperti foto lama, kita applykan adjustment layer > Hue/Saturation (Colorize). Klik pada ikon ‘new adjustment layer’ di bahagian bawah panel layer dan pilih hue/saturation.

  • Siap!
HASIL:

hasil

KREATIF:

kreatif1

kreatif2

Selamat mencuba!

Fail PSD - Efek Foto Lama (Tekstur)

*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 512 kali)







0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author