Membuat Vignetting dalam Photoshop

Vignetting di dalam fotografi ialah kekurangan pencahayaan (brightness) atau warna (saturation) pada bahagian tepi di sekeliling gambar.
Jika anda ingin lebih memahami tentang istilah ‘vignetting’ sila baca di Wikipedia:

http://en.wikipedia.org/wiki/Vignetting

cat_vignetting1

CARA 1: FILTER LENS CORRECTION

filter_vignetting1
  • Filter ini hanya terdapat di dalam CS3 dan CS4 sahaja.
  • Buka foto anda di dalam Photoshop.
  • Kemudian, klik menu Filter > Distort > Lens Correction.
  • Setkan nilai Amount dan Midpoint pada Vignette.
  • Nilai Amount yang positif akan menghasilkan vignette cerah. Manakalai nilai Amount yang negatif akan menghasilkan vignette gelap.
CARA 2: GRADIENT
  • Sekiranya anda menggunakan Photoshop versi rendah (CS2 dan ke bawah), anda boleh hasilkan vignetting menggunakan gradient.
  • Buka foto anda di dalam Photoshop.
  • Kemudian, buat satu layer baru di atas layer foto anda.
  • Applykan Radial Gradient (Warna foreground: Hitam kepada Transparent - Reverse). Lihat imej di bawah.
vignetting_gradientsetting_gradientgradient_dragBerdasarkan imej di atas:
  • Pilih Gradient Tool. Setkan Warna Hitam sebagai warna Foreground (tekan D).
  • Pilih Gradient ‘Foreground to Transparent‘.
  • Setkan Gradient: Radial dan Reverse.
  • Kemudian, klik kepada Gradient di atas option bar untuk edit gradient.
  • Di dalam window Gradient Editor, tarik slider warna transparent ke tengah (50%). Klik Ok.
  • Dengan menggunakan Gradient Tool, klik dan drag dari bahagian tengah foto ke arah sudut tepi.
  • Untuk mengurangkan kepekatan vignetting, anda boleh melaraskan nilai opacity layer atau tukar blend mode daripada Normal kepada Multiply.
  • Siap!
Fail PSD - Vignetting

0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author