Teknik Lukisan Cat Air

Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan gambar foto yang mempunyai kesan cat air. Sekeping foto beresolusi tinggi diperlukan untuk kerja-kerja ini. Untuk tutorial ini saya akan menggunakan foto Kumpulan Ratu berikut:












Imej di atas dipilih kerana ia fokus dan jelas memudahkan saya untuk menghasilkan apa sahaja efek yang difikirkan. Jadi saya tidak perlu lagi untuk zoom dan memotong bahagian tertentu.




Mula-mula sekali buat pendua layer (duplicate layer) terhadap imej (Lihat Rajah 2)










Rajah 2



Pada layer baru, pilih menu Filter -> Artistic -> Cutout dan pilih level seperti yang tertera pada Rajah di bawah ini dan klik OK













Pada Layer yang sama, Create New Fill dan pilih Gradient (Lihat Rajah 3).










Rajah 3




Satu dialog Gradient Fill akan dipaparkan dan pilih jenis Gradient Transparent Rainbow dan klik OK. Sekarang satu Layer baru akan tercipta. Buat pilihan Overlay pada layer tersebut. (Lihat Rajah 4).











Rajah 4



Sekarang ciptakan satu Layer baru Create a new layer (Lihat Rajah 5)










Rajah 5



Pilih Smudge Tool pada Toolbox dan pilih jenis berus seperti yang tertera dengan saiz 36. Pastikan memilih mode Normal dan tandakan pada Use All Layers (Lihat Rajah 6)











Rajah 6



Gunakan Smudge Tool pada layer ini dengan mencomotkan pada bahagian sekeliling. Sekarang gunakan Brightness / Contrast dan selaraskan supaya kesan Smudge dapat kelihatan dengan jelas. (Lihat Rajah 7)











Rajah 7



Hasilnya seperti yang dapat anda lihat pada rajah di atas, sebuah imej dengan kesan-kesan cat air.

0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author