Teknik Menghasilkan Efek Hitam Dan Berwarna

Kali ini saya akan menunjukkan Tips efek dengan mencampuraduk bahagian berwarna dan hitam putih. Ini sangat mudah bagi mereka yang telah mahir dengan perisian Photoshop. Ini adalah asas tutorial bagaimana untuk menghasilkan warna imej warna campuran hitam dan putih.

Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak untuk menggunakan Photoshop, inilah masanya untuk mempelajari asas dan saya percaya tips ini selain bermanfaat ia juga sangat menghiburkan.

Mari kita mulakan.

Bayangkan saya telah mengambil gambar foto menggunakan kamera digital dan telah dipindah turunkan ke dalam PC saya. Saya kemudiannya mengaktifkan program Photoshop, dan memilih File dan Open, dan telah memilih gambar imej yang relevan.

Dalam kes ini, saya akan manipulasi imej berikut:



Setelah imej dibuka, saya menekan Ctrl-A untuk memilih semua (select all). Ini akan meletakkan mask (garisan kecil bertitik) disekitar kawasan imej tersebut. Kemudian saya menekan Ctrl-C (menyalin) dan saya pergi ke menu File, dan pilih New. Ini akan membawa satu image properties dengan dimensi kawasan yang telah saya salin tadi, dan saya tukarkan karakter fail baru dari RGB ke Grayscale.

Ini akan menghasilkan satu salinan imej dalam hitam putih:



Di dalam imej baru ini, saya menekan Ctrl-A untuk memilih seluruh kawasan, dan menekan Ctrl-C untuk menyalin. Sekarang saya boleh menutup imej hitam putih ini (tidak perlu disimpan). Di bawah tetingkap ini terdapat imej asal yang berwarna. Dengan menekan Ctrl-V, saya menindih (paste)

Imej hitam putih di atas imej berwarna tadi, dengan layer berasingan. Saya mahukan imej hitam putih berada di layer teratas, jadi saya pergi ke layers pallete dan heret (drag) layer ke bawah.


OK sekarang saya perlukan imej berwarna duduk diatas imej putih. Saya membuat zoom ke starfish (layer berwarna) dan cuba memilih kawasan yang membentuk ikan starfish itu. Dalam kes saya, saya menggunakan tool magic mask dan juga elliptical tool (utk mendapatkan sudut bulatan starfish). Setiap kali saya memilih kawasan itu, saya terpaksa menekan butang shift untuk memudahkan pilihan baru dibuat. Jika saya dapati saya memilih terlalu banyak kawasan, saya cuma undo aksi terakhir (last action) atau pergi balik menggunakan history. Setelah pemilihan dibuat pada starfish keseluruhannya, saya songsangkan (inverse) pilihan tadi dan menekan butang delete. Ini akan membuang seluruh layer berwarna, kecuali ikan starfish.

Barangkali ada jalan untuk melakukan ini dengan mudah, tapi bagi saya method yang saya jelaskan tadi tidak menjadi masalah bagi saya. Anda perlu sama menggunakan eraser dan perlahan-lahan membuang bahagian detail pada starfish, perlahan-lahan dedahkan warna hitam/putih disebalik imej tersebut.


Dan keputusannya.. ? Ini dia:



Mungkin tiada yang menariknya pada imej sebegini, tapi sekurang-kurangnya ia menunjukkan efek yang berhubungkait dengan kemudahan yang ada pada Photoshop. Teknik yang sama boleh digunakan untuk semua jenis keadaan dan senario. Contohnya, jika anda mempunyai gambar produk, anda boleh membuang gambar background produk tersebut jika anda mahu.

Semua kerja tangan ini berhasil menggunakan resolusi imej yang tinggi, jadi ketidaksempurnaan hasil kerja is pretty much unnoticeable pada imej yang sekecil ini.

Selamat mencuba.

0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author