Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

HIBURAN - Jalan tengah Sarimah




GILA-GILA, kelakar dan banyak cakap, itu perkataan-perkataan yang membayangkan sifat pentas Sarimah Ibrahim di mata dan hati khalayak.
Hampir seratus-peratus bergelar pengacara, selebihnya, dia pernah mengisi diari seninya sebagai pelakon dan muncul dengan sebuah album.
Program The Biggest Loser Asia terbitan Hallmark Channel boleh disebut sebagai satu penanda aras yang mengerlipkan aura pengacaraan Sarimah. Dia menjadi seorang yang berbeza, bukan Sarimah yang becok, bukan juga Sarimah yang kepoh.
Lantas apabila mandat Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) diserahkan ke bahunya, sisi-sisi jati diri pengacaraan wanita kacukan Melayu-Ireland itu kembali diperhatikan.
Menjadi wanita pertama yang mengambil tampuk tinggalan Aznil Haji Nawawi dan AC Mizal, Sarimah tidak sendirian.
Dia bergandingan dengan wajah perdana Astro, Jimmy Shanley menerusi Akademi Fantasia musim kelapan (AF8).
Jujurnya, Sarimah cukup berterima kasih namun dalam masa yang sama, dokumen-dokumen kebimbangan bersusun di dalam kepalanya.
Keterbatasan masa dan skrip adalah kekangan utama. Kata Sarimah, program siaran langsung sedikit payah dikendalikan
"Rasanya kelebihan saya adalah pengacaraan secara 'stand out' seperti mengacarakan konsert atau majlis anugerah. Mengacarakan AF8 bukan satu masalah besar tetapi saya ambil tugas ini sebagai satu cabaran.
"Dalam TV, saya tiada kebebasan peribadi. Saya hanya diberikan 40 saat untuk menyelesaikan satu-satu link yang telah ditetapkan dan apa informasi yang harus saya sebutkan.
"Program TV yang disiarkan secara langsung tiada istilah cuba-cuba, jadi saya kena cepat-cepat bertindak," katanya optimis semasa bertamu ke Studio Utusan di Jalan Chow Lin, Kuala Lumpur.
Tambahan pula, dia harus berkolaborasi dengan seorang lagi pengacara lain iaitu Jimmy.
Menyebut beberapa judul program seperti American Idol dan So You Think You Can Dance, kata Sarimah: "Banyak rancangan besar di luar negara tidak menampilkan dua pengacara serentak.

Cerewet

PERNAH popular dengan lagu Kini Kau Tiada, Sarimah juga muncul sebagai Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2001, namun bakat nyanyian Sarimah tidak berterusan apabila pengacaraan menjadi rutin kariernya.

"Mengacarakan program secara bersendirian lebih memudahkan pengawalan situasi luar jangkaan di atas pentas.
"Saya dan Jimmy tidak ada masalah, di luar pentas kami berkawan baik. Cuma AF8 menjadi titik pertemuan pertama kami.
"Bila berkolaborasi, orang akan tanya tentang keserasian. Sebenarnya keserasian tidak boleh dibikin-bikin, berbeza dengan kerjasama, ia boleh dibuat.
"Keserasian kami boleh dinilai jika ada keberhasilan nanti," katanya yang berkenalan dengan AF menerusi program Fail Sulit AF pada 2007.
Perihal AF8 mendominasi bicara janda muda itu. Akur sebagai perantara, kelak dia yang akan dilihat sebagai penyumbang kegagalan atau kejayaan,
Sarimah hanya beriltizam mahu menyempurnakan tanggungjawab secara terbaik. Luahnya, AF8 hanya menjengah ke konsert minggu kedua malam ini, jadi terlalu awal persembahan program itu dinilai begitu dan begini.
"Saya pilih jalan tengah, jalan untuk kelihatan natural. Mustahil untuk saya mengendalikan AF seperti Aznil atau AC. Untuk musim ini, ini musim AF8.

BERPISAH dengan Andrew Browning Abdullah setelah tiga tahun hidup bersama menjadikan Sarimah lebih berhati-hati dengan pilihan hidup.


"Saya seru semua penonton supaya berseronoklah dengan musim AF8 bersama saya dan Jimmy. Lari sekejap daripada realiti kerana AF adalah hiburan," lontar Sarimah berisi tawa.
Lewat bicaranya masih berputar tentang kerja pengacaraan. The Biggest Loser Asia tercatat sebagai momen kerjaya paling mahal buat Sarimah.
Berbelas tahun menjadi pengacara, berada di tangga usia 32 tahun, dia sudah berani bercakap tentang kualiti dan kredibiliti. Demi dua faktor itu, dia kini dalam fasa menilai diri.
"Tentang kerja, saya banyak belajar semasa produksi The Biggest Loser Asia, mungkin sebab ia sebuah produksi yang besar jadi semuanya berjalan penuh teliti dan semua orang bekerja tanpa menuding jari kepada sesiapa.
"Saya sendiri berdepan banyak masalah dalam hidup. Saya bercerai, adik saya jatuh sakit dan macam-macam lagi.
"Jadi itu semua mematangkan saya, ia banyak menyedarkan saya tentang kelemahan sendiri," katanya yang kembali solo selepas berpisah dengan Amir Andrew Abdullah tahun lepas.



Menjadi seorang yang lebih teliti atau dalam bahasa yang lebih ringkas, cerewet dalam banyak hal berhubung skrip, dandanan, kostum serta apa sahaja yang berhubung soal kerja, Sarimah ada pegangan.
Dalam ketegasan, Sarimah memberitahu: "Saya tidak mahu menjadi model di pentas peragaan, saya juga bukan robot.
"Sekarang saya sangat jelas tentang diri saya. Saya cukup sedar bahawa saya seorang figura masyarakat.
"Saya juga seorang anak, kakak dan orang Islam. Semua itu akan saya ambil kira dalam setiap keputusan yang dibuat."
Kenyataan itu setidak-tidaknya membasuh antara tohmahan yang terpercik ke wajahnya. Ada bisik-bisik menyelar Sarimah, kononnya semakin sukar diajak berurusan sejak kebelakangan ini.
"Dulu memang saya jenis yang tidak kisah, lantaklah dan mungkin lebih senang dibawa bekerjasama tapi sekarang, proses penilaian sedang dilakukan. Orang mungkin akan kata saya 'demanding'," desisnya tanpa ragu.
Menoktahkan butiran wawancara dengan sedikit informasi tentang tawaran musim kedua The Biggest Loser Asia, Sarimah mahu selebriti Malaysia dipandang tinggi, bukan hanya di Malaysia, bahkan di luar negara. Dia bersyukur kerana diberi peluang meraih perhatian itu.

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.