Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

MPV Elit PDRM (EVO-X)

Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM. 

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.
 



Kerja-kerja pemasangan aksesori tambahan PDRM di Bengkel Pasukan Gerakan Khas



Evo-X, Kod enjin- 4B11 MIVEC, jenis enjin - DOHC 16 valve Mivec Intercoler Turbocharged



Juruteknik membuat kerja-kerja pemasangan set radio Motorola XTL 5000




Pendawaian baru untuk sistem C4i



Pandangan Evo-X dari belakang



Pandangan hadapan Evo-X



Pandangan Evo-X dari sisi. Pelekat adalah mengikut rekabentuk baru dari Cawangan Penyelidik/Pembangunan PDRM dan kenderaan ini juga dikenali sebagai Helang Lebuhraya Polis



YAB Perdana Menteri mendengar taklimat berkaitan penggunaan Sistem C4i



YAB Perdana Menteri sambil diiringi YDH Ketua Polis Negara memandu uji Evo-X di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur

1 ulasan:

Nawza berkata...

hahaha... memang power.. tpi malangnye sebijik da masuk longkang...
http://wanworld89.blogspot.com/2010/07/apa-sudah-jadi-dengan-helang-lebuh-raya.html

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.