Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

Sambutan Hari Polis Ke-203

Terbaca Artikel Dari iKDN nie seronok pulak rasanya.. Bangga Sungguh Jadi Rakyat Malaysia, Ciri-ciri keselamatan terjamin... Tahniah Polis Diraja Malaysia

From :-

Editor iKDN | 26 Mac 10 9:02am
Alunan muzik dari pancaragam PDRM menambah indahnya pagi yang cerah. Satu-persatu tamu jemputan utama tiba mengambil tempat. Ketua Setiausaha KDN Dato' Sri Mahmood b. Adam antara yang paling awal tiba. Diikuti oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Tuan Jelaing Anak Mersat, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan akhirnya tamu utama yang dinanti-nantikan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Tan Sri Ismail Omar segak menyambut kehadiran tamu-tamu mereka itu.
Kesemuanya hadir dengan satu matlamat meraikan sambutan Hari Polis ke-203. Pembarisan Perdana yang diadakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur disiarkan secara langsung di televisyen. Perarakan disertai 69 Komander dan 1,241 pegawai dari anggota berlainan pangkat dimulakan dengan perarakan masuk panji utama.
Dato' Seri Najib dibawa memeriksa perbarisan dengan menaiki jip putih. Tan Sri Musa Hassan mengiringi beliau sepanjang Pembarisan Perdana itu. Perarakan tabik hormat dimulakan dengan kumpulan panji utama. Lintas hormat udara 3 buah helikopter jenis AS 355N yang membawa bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Biru di ruang udara PULAPOL memukau semua hadirin yang hadir. Turut menarik perhatian semasa perarakan tabik hormat adalah Anggota Polis Berkuda dan Pasukan Anjing Polis yang membawa 22 anjing Shepherd dibawa khas dari German.
Perdana Menteri semasa penyampaian anugerah khidmat cemerlang dan anugerah kenaikan pangkat. Sebanyak 12 kategori telah disampaikan untuk anugerah cemerlang kepada pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM dan 6 orang anggota polis diberikan kenaikan pangkat atas sumbangan mereka kepada negara .
Hadir sama di Sambutan Hari Polis Ke-203 ini ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
--team berita ikdn

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.