Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

Yen Yen raih undian tertinggi naib presiden MCA

DATUK Seri Dr Chua Soi Lek mengangkat tangan tanda gembira bersama penyokongnya selepas diumum pemenang jawatan presiden MCA pada pemilihan parti di Wisma MCA hari ini. - Foto Sairien Nafis
Mar 28, 2010 9:38 pm

KUALA LUMPUR: Calon tunggal wanita untuk jawatan naib presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen, berkata kejayaan beliau meraih undi paling banyak untuk jawatan itu menunjukkan perwakilan yang majoritinya lelaki dapat menerima beliau dengan baik.

"Hampir 90 peratus perwakilan adalah lelaki. Mereka terima saya bermakna mereka percaya wanita juga ada kapasiti dan potensi yang sama seperti mereka. Suara wanita perlu didengar," katanya selepas pengumuman keputusan pemilihan MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.

Ng yang juga Menteri Pelancongan memperoleh 1,528 undi, diikuti Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469), Datuk Chor Chee Heung (1,202) dan Gan Ping Sieu (1,202).
Ditanya matlamatnya selepas ini, Ng berkata beliau akan terus fokus dalam memastikan keutuhan parti terutama dalam aspek perpaduan di antara anggotanya.

"Saya juga akan menumpukan kepada program yang akan dianjurkan oleh parti dan membantu parti bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Donald berkata beliau gembira dan menghormati keputusan pemilihan parti hari ini dan berharap agar jawatankuasa perwakilan yang baru diberi peluang untuk melaksanakan tugas parti secara demokratik.

"Ini bagi memastikan setiap keputusan yang diambil oleh parti mendapat persetujuan daripada semua ahli," katanya yang naib presiden sebelum pemilihan parti 2008. - Bernama

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.