Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

Najib rai genap setahun sebagai PM di Hulu Selangor


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor. Lawatan itu yang padat dengan pelbagai program, akan menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Hulu Selangor yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.


Jadual padat Najib dimulakan dengan melancarkan Yayasan Kelana Ehsan dan menghadiri perjumpaan bersama warga Felda di Dewan Serbaguna FELDA Sungai Tengi pada kira-kira 10 pagi. Najib kemudian dijadualkan merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di Felda Soeharto. Selepas itu, Najib akan menyertai penduduk tempatan menunaikan solat Zohor di Masjid Felda Gedangsa disusuli dengan majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu.


Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai. Tradisi "turun padang", yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lalu, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.
Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.


Pada 4 April 2009, beliau memulakan tinjauan mesra ke Petaling Street, kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina, sebelum melawat kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan mengunjungi deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang digelar ‘Little India’. Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Sempena setahun menyandang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri akan mengadakan majlis Tahlil di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya, petang ini. - Bernama

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.