Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

Kejadian Di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka - 3 Maut



3 maut, khemah bazar ramadan roboh

MELAKA: 3 orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera apabila sebuah khemah bazar Ramadan di pekan Jasin, dekat sini, roboh, selepas kawasan berkenaan dilanda angin ribut kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Mangsa telah dikenalpasti identitinya iaitu 2 orang peniaga dan seorang pengunjung dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jasin, sejurus kejadian. Polis Daerah Jasin ketika dihubungi petang tadi, mengesahkan kejadian berkenaan.







Daripada Berita Utusan Malaysia
Sumber Di Perolehi Daripada Utusan Malaysia.

3 maut, 18 cedera dipukul ribut



Keadaan Bazar Ramadan Stadium Jasin yang berselerak selepas dipukul ribut mengakibatkan dua peniaga dan seoarng pengunjung maut di Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini. Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut. Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim. Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.
Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga.
"Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan," katanya.
Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan.
Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.