BAPAKKU FM - MENGEGARKAN DUNIA HIBURAN


TELAH LAMA SEORANG DJ RADIO INI TELAH MENGHILANGKAN DIRI. TERNYATA BELIAU CUKUP TABAH MENGHADAPI SEGALA PAHIT KEHIDUPAN DENGAN TENANG. JIKA DIUNGKAPKAN DJ RADIO INI SEWAKTU KETIKA DULU TELAH MENAIKKAN RATING BEBERAPA STATION RADIO DI MALAYSIA. KINI BELIAU TELAH BERUSAHA MEMBUKA SENDIRI STATION RADIO (STREAMING RADIO) MELALUI BAPAKKU FM YANG KINI TELAH MENCECAH PULUHAN RIBU PEMINAT... INILAH DJ RADIO YANG KITA CARI.. ABG ISMAHALIL HAMZAH....

SEJARAH
Sejarah wujudnya bapakku.fm adalah bermula dari saudara Ismahalil Hamzah. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam Industri Penyiaran di Malaysia ini. Bermula pada 17 tahun lepas beliau cuma Deejay part time di radio muzik RTM kemudian ke radio RFM sebelum berpindah lagi ke radio THR.
Beliau pernah mengasingkan diri selama setahun setengah ke Pulau Tioman Pahang gara-gara fobia dengan manusia yang berbagai-bagai di Kuala Lumpur sebelum dilamar oleh radio Melaka pada tahun 2008. Setahun kemudian beliau kembali semula ke pangkuan radio THR.fm.
Beliau amat komited dengan perkembangan radio semasa, beliau juga adalah pengasas kepada Club My Friend. Atas dasar keyakinan terhadap permintaan ahli club juga peminat beliau, akhirnya beliau menamatkan perkhidmatan beliau di THR Gegar bagi menumpukan perhatian pada kerja-kerja sebagai duta dan perunding kepada syarikat Vida Beauty yang berpengkalan di Ipoh, Perak.
Pengalaman dan pembelajaran menjadikan beliau matang untuk mewujudkan radio sendiri. Pada tanggal 1 Mei 2011 radio Bapakku.fm telah di lancarkan. Berkat usaha semua ahli Club My Friend akhirnya platform radio internet mula beroperasi di pejabat sendiri di Diamond Square, Gombak, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, hingga setakat ini semua Deejay di Bapakku fm adalah ahli Club My Friend. Akhirnya ahli Club My Friend dapat berhubung dan dapat memacu lagi berbagai aktiviti juga menguatkan lagi perniagaan. Ismahalil tidak pernah menganggap pendengar sebagai peminat, malahan menganggap mereka sebagai kawan baik. Inilah kuncinya kepada kewujudan radio internet BAPAKKU FM

MARILAH JOIN KITA ORANG KAT SINI...


1 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author