KELANTAN JUARA PIALA FA 2012

STADIUM BUKIT JALIL: Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan KL Sime Darby 1-0 pada aksi final malam tadi.
Gol tunggal The Red Warriors dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar Mahmoud menerusi sepakan penalti.
Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada aksi keseluruhan babak pertama permainan, kedua-dua buah pasukan menunjukkan permainan seimbang dalam usaha mencari kejuaraan sulung.
Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.




0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author