PENJARA SAPU BERSIH ANUGERAH INOVASI KDN 2012


Putrajaya - 12 Disember 2012 - Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri telahpun disempurnakan oleh Y.B. Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusop ( Timbalan Menteri Dalam Negeri ) di Auditorium Aras 5, Blok D8 Kompleks D Bangunan Kerajaan, Putrajaya. Dengan Tema " Inovasi Pemacu Transformasi KDN " telah membuktikan bahawa program yang dilaksanakan ini telah memberi peluang kepada semua jabatan dibawah KDN menyertai dan melahirkan kakitangan yang kreatif dan inovatif. Ia seiiring dengan saranan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia supaya Hari Inovasi Disambut Setiap Tahun.

Kali ini KDN telah menerima banyak penyertaan samaada penyertaan bagi konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Pertandingan Anugerah Inovasi KDN. Terdapat 26 Kumpulan telah menyertai Pertandingan KIK manakala 31 Kumpulan Bagi Anugerah Inovasi KDN.

Y.B. Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusop ( Timbalan Menteri Dalam Negeri ) telah merasmikan majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2012 dan telah menyampaikan anugerah kepada pemenang.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SAMBUTAN HARI INOVASI KDN 2012

KATEGORI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) ( KATEGORI PENGURUSAN )

JOHAN : MAHOGANY ( AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA, JABATAN PENJARA MALAYSIA )
*RM 5000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI
NAIB JOHAN : KIJANG ( JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA, KELANTAN )
*RM 3000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI
KETIGA : KINTA ( PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, JABATAN PENJARA MALAYSIA, PERAK )
*RM 2000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI

PEMIDATO TERBAIK : KINTA ( PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, JABATAN PENJARA MALAYSIA, PERAK )
*RM 500 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI


KATEGORI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) ( KATEGORI TEKNIKAL )


JOHAN : KRISTAL ( JABATAN PENJARA MALAYSIA, SABAH )
*RM 5000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI
NAIB JOHAN : CITRA ( PENJARA SIMPANG RENGGAM, JOHOR )
*RM 3000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI
KETIGA : PRIDE ( PENJARA POKOK SENA, KEDAH )
*RM 2000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI

PEMIDATO TERBAIK : KRISTAL ( JABATAN PENJARA MALAYSIA, SABAH )
*RM 500 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI


SENARAI PEMENANG ANUGERAH SAMBUTAN HARI INOVASI KDN 2012

ANUGERAH INOVASI KDN

JOHAN : PENJARA SIMPANG RENGGAM, JOHOR
|RM 5000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI|
NAIB JOHAN : CCSC CHOW KIT, KUALA LUMPUR, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
|RM 3000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI|
KETIGA : PUSAT PEMULIHAN AKHLAK BATU GAJAH, PERAK
|RM 2000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI|


PAMERAN INOVASI

JOHAN : POLIS DIRAJA MALAYSIA
|RM 3000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI|
NAIB JOHAN : JABATAN PENJARA MALAYSIA
|RM 2000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI|
KETIGA : JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
|RM 1000 , SIJIL PENGHARGAAN DAN TROFI|

BAGI ANUGERAH KHAS IAITU PIALA MENTERI DALAM NEGERI TELAH DIMENANGI OLEH JABATAN PENJARA MALAYSIA YANG MEMBAWA PULANG PIALA PUSINGAN BERSERTA SIJIL PENGHARGAAN.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang anugerah.

Akhirkata, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga KDN terutamanya kepada jawatankuasa Sambutan Hari Inovasi yang telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis ini. Jadikanlah Inovasi sebagai budaya kerja yang efektif dan melonjakkan diri kepada kerja yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang....

0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author